Aku mulakan peristiwa di ting. 4 ini dgn orentasi pada bulan 1. Disebabkan cuti yg lama dan kerinduan kepada teman-teman yg membuak-buak, aku kelihatan sungguh bersemangat. Kami diterangkan serba sedikit tentang aliran yg bakal kami ambil dan ia ditentukan berdasarkan keputusan kami. Aku ditempat di kelas 4 bijak bersama BFF aku. Ternyata ikatan persahabatan kami bagai sukar diputuskan malah makin kuat, lebih kuat dari tali simpul mati. Aku dilantik sebagai ketua blok. Sesngguhnya aku amt merindui AA. Tapi apakan daya, dia sudah tamat persekolahan. Sesungguhnya cinta itu sukar untuk aku padamkan. Tapi, BFF aku jenis yg suka menadmire orang. Sampai aku terikut-ikutlah. Bukan sorang tapi ramai. Diberikan pelbagai nama samaran mengikut rupa paras ataupun keganjilan seseorg. Ada ke patut digelarnya dengan ‘Kasut Hitam Tali Putih” disebabkan orang yg diadmirekan itu suka memakai kasut hitam bertali putih. Kalau ada yg terasa, sudah tentu bukan anda. Tapi waktu ini lah aku kenal apa itu matang. Sebagai seorang pengawas yg bertanggungjawab aku ambil berat tentang pandangan pelajar biasa terhadap seorg pengawas. Tapi itu semua terletak di pucuk pimpinannya. Sebenarnya, badan pengawas di sekolah kami sudah lama goyah tapi aku cuba sedaya upaya supaya ia tidak runtuh dek angin yg kencang. Presiden pada tahun ini lebih senang ku kenali dengan nama panggilannya “abg Mutalib” atau lebih mesra “abg alib”. Sebelum itu aku ingin meminta maaf terlebih dahulu kepada abg alib jika dia terbaca cerita ini. Mungkin agak memalukan tetapi aku hanya ingin menyadarkan org yg aku sudah anggap seperti abgku sendiri. Jawatan yg dipegang cukup berat utuk ditanggung sendiri, tapi itu bukan masalahnya jika ia tidak dipandang ringan. Sebenarnya aku agak berat hati untuk menceritakan hal yg sebenar. Tapi inilah salah satu cara untuk aku meminta maaf pada abg alib. Cara dia memimpin kami tidak seperti yg diharapkan. Lalu aku menyuruh seorang temanku yg berjawatan ketua disiplin pengawas yg amat tegas ttg undang-undang pengawas untuk menegurnya. Maafkan ida abg alib. Apa yg ida buat hanya untuk kebaikan abg alib serta badan pengawas. Disebabkan nasihat yg diberi, abg alib mula menampakkan perubahan yg positif. Abg alib nampak lebih berdedikasi dan mula menegur pelajar dan pengawas ttg kesalahan mereka. Tanggal 5 april kami sah dilantik sebagai pengawas pada tahun 2010. To abg alib, ida minta maaf sgt2, disebab ida, abg mesti malukan apabila ditegur ttg kewibawaan abg sebagai seorang ketua pengawas. Finish with abg alib. Now, hari guru. First of all, thanks to abg johan coz sudi datang majlis sambutan hari guru kami dan menyiarkannya di surat khabar. Thanks so much! Temanya “back to school. Ini idea haznani. Gempakkan? Walaupun tidak semua guru memakai baju skola, tapi ia tetap meriah. Pelbagai acara diadakan. Aku menjaga bahagian makanan. Oleh kerana idea gempak ini, seorg guru yg memakai baju skolah telah disalahfahamkan oleh makcik kantin. Kisahnya begini, guruku yg memakai baju skolah ini pergi ke kantin dan memesan minuman teh ais dan cawan plastic, dan ini khas untuk guru sahaja. Lalu mak cik kantin pun berkata” pelajar kena pakai plastic je, tak boleh pakai cawan plastic.” Makcik kantin tu ingat bahawa guru kami nie adalah pelajar skolah. Kesian cikgu. Walauapapun ia tetap meriah. Satu-satunya guru lelaki yg sporting mengajar seni lukisan telah dipermainkan oleh sekumpulan pelajar yg akan membuat persembahan pada waktu rheasel. Cikgu kata” mulakan persembahn sekarang, jgn main2” sedikit lakonan kelakar dan digabungkan dengan sedikit persembahan nyayian. Dan time nyanyian itu, mereka menyanyikan lagu Happy Birthday khas untuk cikgu kami nie. Suprise! Walaupun tak de kek, tapi raut muka cikgu tampak terharu. Tanpa cikgu, tentu majlis ini tidak berjalan seperti yg dirancang. Tiba ke gimik kek, ada saja idea nakal untuk mengenakan guru-guru kami. Kek guru pada tahun ini hanyalah muffin! Tapi itu hanya helah semata. Bayangkan meja yg besar diletakkan muffin yg kecil. Tak patut. Pelbagai kemeriahan yg terjadi. Tapi aku paling tak sangka, penolong kanan 1 yg baru masuk pada tahun ini amat sporting! Dalam hampir 30 org cikgu yg memakai uniform skolah, salah satunya adalah guru penolong kanan 1 ini. Sesungguhnya kami mmg tak menjangkakan ini. Thanks to all yg berusaha sedaya upaya sekuat tenaga untuk menjayakan majlis ini terutamanya badan pengawas dan form 6. Apabila mengenangnya kembali, sesungguhnya aku amat merindui semuanya. Air mataku hampir menitis apabila satu persatu kenagan mengamit hati ini. Jika Allah berikan aku jam seperti jam putar masa dalam cerita Harry Potter itu, pasti aku mahu mengulangi semua peristiawa ini berulangkali. Aku takkan jemu mengulanginya. Bulan jun. Hari terbuka. Disebabkan ibuku baru sahaja operation jadi aku datng sorg diri untuk memeriahkan majlis ini. Sekaligus menolong guru kelasku. Pn Tan Seow Wei, guru yg bersikap keibuaan. Sesungguhnya dia ambil berat dan selalu menghargai semua usaha keras kami. Dia adalah 1 dalam 1000. Sambutan kemerdekaan. Pelbagai peristiwa menarik yg ingin aku cerita. Tapi aku tak ingat sangat. Tapi disinilah kami menunjukkan betapa patriotiknya kami. Jamuan Pengawas. Aku dan Yeo dilantik untuk menguruskan jamuan ini. Agak tertekan tapi aku belajar ttg pelbagai perkara. Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar walaupun agak kelam kabut. Thanks to all yg menjayakan jamuan ini terutamanya cikgu hazmanira, haznani, yusof, abg alib, abg fakhruddin dan semuanyalah. Takkan nak nak taip sorg2 kowt. Aku hargai sangat kerjasama korg. Sedang aku bergembira akan dilantik sebagai tmbalan2 pengawas, atok ku, yg lebih senang dipanggil dengan atok melah jatuh dan terus lumpuh bahagian kaki. Sesungguhnya pelbagai idea telah ku semat did lm otak untuk ku muntahkan pada 2011 nanti. Mungkin ia takdir menulis bahawa jawatan itu bukan milikku. Sorry to yeo, coz aku dah sarankan org yg salah untuk menggantikan posisiku. Sesungguhnya hati aku hancur tatkala mendengar badan pengawas sudah hampir goyah. Patutlah ramai yg menghalang aku dari pindah, tapi mungkin sudah takdir ia menjadi begitu. Sampai sekarang perasaan bersalah itu bersarang di hati tanpa ada sekelumit kegembiraan. Tapi kejadian yg lalu tidak boleh ku ubah lagi. Sesnugguhnya pasti ada hikmah disebaliknya. Sorry to all, coz hampakan korg. Aku ingat lagi, guru matematik kesukaan ku, Puan Liow Lian Fong, tidak percya yg aku akan pindah. Dia ingat aku saja ingin mengusiknya. Thanks to Pn Ong Ai Yong for the gift, until now I still used it. To kawan-kawan yg aku tinggalkan jauh di johor, sorry kalau aku ada sakitkan aty korang or apapun. Sudah hampir sejam aku memenung jauh. Kalau aku tenung agy, mungkin air mata yg meniti di bibir mata ini akan tumpah. Aku rindu sgt2 kat korg. I realy realy hope aku dapat jumpa korg semua agy!
No comments:
Post a Comment