Aku bersekolah di SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru. Kisah bermula apabila, aku berjumpa dengan seorang lelaki semasa orentasi tingkatan 1. Namanya ZM. Dia seorang lelaki yg tak pernah bersosial kerana dia agak pemalu dgn perempuan. Wakawaka. Sesungguhnya dia seorang lelaki yg baik. Semasa ting. 1 tidak banyak kisah menarik yg bisa aku ceritakan. Tapi pada bulan 4, aku dilantik sebagai seorang pengawas. Hidupku berubah sama sekali. Dipendekkan cerita, aku semakin matang. Pada bulan 7, semasa mesyuarat pengawas sesi pagi dan petang, aku berjumpa dengan seorang jejaka yg masih aku cintai sampai sekarang. Pada mulanya, aku terpandang dia pun kerana ada 2 orang kawan pengawasku yang amat menggangu kerana memuji jejaka itu. Jejaka itu aku gelarkan Aliff Aziz. Walaupun mukanya tak seperti Aliff Aziz sangat. Haha. Aku hanya memendang dia dengan perasaan ingin tahu. Pada bulan 8, aku menyertai Koir Kemerdekaan dan Aliff mengetuai salah satu persembahan kemerdekaan. Di situlah, aku mula jatuh hati padany. Sikap tanggungjawab dan peramah serta sangat mesra alam membuatkan aku menggilainya. Berbulan-bulan berlalu, aku memerhatinya dari jauh. Sekian dariku terlebih dahulu kisah di ting.1 ku. Ting. 2 akan menyusul nanti..
No comments:
Post a Comment